Ringkasan RapidKPCMB2013

Image1

PUTRAJAYA, 19 Mei 2013 – Kejohanan Catur Rapid KPCMB 2013 yang pertama kali telah diadakan pada 18 Mei 2013 di Dewan Serbaguna, Pusat Kejiranan Precint 11, PUTRAJAYA. Kategori Terbuka, Amatur dan Bawah-12 yang ditawarkan telah menarik seramai 78 peserta, untuk merebut jumlah hadiah RM 3,500.00.

KPCMB2013 yang dirasmikan oleh En Muhammad Noraffendy Mohd Salleh, Naib Presiden MBFM, selaku wakil YB Anuar Abd Manap (Presiden MBFM), telah dijayakan oleh Persatuan Catur Putrajaya (PCA) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan sekretariat penganjuran bagi pihak penaja Kasugi Prima Sdn Bhd. Acara telah diuruskan oleh pengurus acara, DAT Chess Connections yang diketuai oleh En Najib Wahab manakala Nik Ahmad Farouqi diberi tanggungjawab untuk menjadi arbiter.

1Gambar 1: Sebahagian peserta daripada pemain yang bertanding di Kejohanan Catur Rapid KPCMB 2013

Kejohanan berformat 7 pusingan dengan kawalan masa 25 minit seorang,  telah berjaya mengumpulkan beberapa pemain yang mempunyai gelaran daripada Persekutuan Catur Dunia (FIDE) iaitu IM Mas Hafizulhilmi, Asian Master Ahmad Fadzil Nayan, WCM Nur Nabila Azman Hisham dan CM Amier Hamzah Mohd Zuhri. Selain itu, pihak penganjur berjaya mengumpulkan pemain rating 1800 dan ke atas seperti Hermanu Latif, Wong Jian Wen, Kamaluddin Yusof, Fong Yit San, Sumant Subramaniam, Mohd Syazwan Zulkifli, NM Kamalarifin Wahiduddin, Dr Zaidan Zulkipli, Fong Yit Ho, Mohd Nabil Azman Hisham dan Chek Kin Keuw. Turut mengambil bahagian ialah Ian Udani dan Nelson Villanueva daripada Filipina.

Image1Jadual 1: Senarai Pemenang Rasmi Kejohanan Terbuka KaSUGI 2012 mengikut kategori hadiah masing-masing dan senarai penuh pemenang dan ranking boleh didapati di http://chess-results.com/tnr101633.aspx?art=1&lan=1&wi=821.

All winnnersGambar 2: Sesi fotografi para pemenang kategori masing-masing bersama tetamu kehormat.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh En Muhammad Noraffendy Mohd Salleh, selaku tetamu yang mewakili YB Anuar Abd Manap kepada para pemenang. Timbalan Presiden MBFM turut meluangkan masa melawat kejohanan. Pengerusi AJK Penaja Koperasi, En Mohd Zuhri Abdullah yang juga Pengerusi Eksekutif Kasugi Prima Sdn Bhd, hadir semasa kejohanan untuk meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi.

 

2Gambar 3: Sesi fotografi antara ALK bersama wakil SKM, En Ibrahim Abdul dan Pn Nadia Nabila Abdul Rahman.

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Pemain Catur Kuala Lumpur Berhad (Dalam Penubuhan) telah diadakan pada hari kejohanan yang sama. MAP tersebut menjadi platform kepada penubuhan Koperasi Pemain Catur Malaysia Berhad apabila Undang-Undang Kecil Koperasi diubah oleh resolusi Koperasi kelak.

__________ Ringkasan disediakan oleh Unit Media KPCMB2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s