Sejarah Penubuhan `Koperasi Catur` di Malaysia

Idea penubuhan `Koperasi Pemain Catur Malaysia Berhad` telah diilhamkan oleh En Mohd Zuhri Abdullah, Pengerusi Eksekutif Kasugi Prima di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja yang telah berlangsung pada 19 Januari 2013 di Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Kg Baru Kuala Lumpur.

Ahli Mesyuarat telah memberikan kata sepakat untuk memberi kepercayaan kepada Jawatankuasa Penaja untuk meneruskan permohonan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Dipendekkan sejarah, SKM telah meluluskan permohonan kami untuk menubuhkan Koperasi dengan bersyarat, pada 29 Januari 2013.

Maka, pada 18 Mei 2013 di Putrajaya nanti, Jawatankuasa Penaja Koperasi akan membentangkan proses perjalanan Koperasi seterusnya di dalam Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi. Di Putrajayalah, kita bakal mencalonkan dan memilih seramai maksimum Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan menerima kemasukan bakal Anggota Koperasi.

Ahli Lembaga Koperasi yang dipilih bakal menerajui halatuju Koperasi yang ditetapkan sebagai mandat oleh semua bakal Anggota Koperasi. Siapakah ALK pilihan anda? Jom ke Putrajaya!

Akhir sekali, dengan kerjasama semua pihak yang terlibat, satu kejohanan catur yang dinamakan KPCMB Rapid Chess 2013 akan dilaksanakan pada hari yang sama di Putrajaya sempena proses penubuhan Koperasi tersebut. Sila rujuk di sini untuk maklumat kejohanan catur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s